-- FREE SHIPPING WITHIN MALAYSIA -- FREE INTERNATIONAL SHIPPING for purchase USD150 or more --
Baju Batik Perempuan: Info & Corak Kontemporari

 Pemakaian baju batik perempuan sudah dikenali sebagai pakaian formal bagi sesuatu majlis seperti perkahwinan atau makan malam.

Ada juga segelintir individu yang memakai pakaian ini ketika menghadiri sesi temu duga.

Namun begitu, atas faktor peredaran masa, pakaian ini telah menerima lebih banyak perhatian daripada rakyat Malaysia; sama ada orang muda atau orang yang sudah berumur.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, anda pasti sudah ketahui perbezaan cara pemakaian baju batik perempuan bagi kedua-dua golongan ini.

Bagi golongan anak muda, mereka lebih gemar menjadikan pemakaian baju batik sebagai style harian.

Ini disebabkan mereka berpendapat dengan mengenakan outerwear yang bercorak batik adalah lebih mudah untuk diperagakan.

Manakala, bagi golongan orang yang berumur pula, mereka memilih untuk memakai baju batik tanpa sebarang outerwear.

Anda ingin ketahui mengenai batik dengan lebih lanjut

Info Mengenai Batik

baju batik perempuan

Di beberapa negara Asia Tenggara, batik dikenali sebagai seni tradisional yang menghias corak pada kain berpandukan motif hiasan dan bahan pewarna yang khusus.

Seperti yang diketahui umum, motif hiasan batik di Malaysia adalah berlandaskan flora dan fauna.

Ini terjadi disebabkan masyarakat terdahulu di Malaysia amat peka akan keunikan hidupan flora dan fauna di sekeliling mereka.

Selain itu, penghasilan batik yang menggunakan motif ini juga dijadikan sebagai penghargaan kepada alam sekitar.

Bagi mengukuhkan lagi penghargaan kepada alam sekitar ini, Malaysia kini mengisytiharkan tarikh 3 Disember sebagai Hari Batik Malaysia.

Sehubungan dengan penggunaan motif berlandaskan alam sekitar, pereka corak batik perlu tahu teknik penghasilan corak kain dengan betul.

Hal ini kerana penghasilan corak kain terbahagi kepada dua iaitu corak struktur dan corak permukaan.

  1. Corak struktur

Penghasilan corakstruktur merujuk kepada proses pembuatan (sedang dijalankan) melalui kaedah olahan bahantara serat.

Bahantara serat bermaksud tenunan benang yang dijadikan sebidang kain putih.

Hasil daripada kaedah akan menampakkan ketampakan dan kilatan yang berbeza. Antara contoh corak struktur ini ialah:

  • Corak polos (Tidak mempunyai corak atau motf)
  • Corak jalur (Corak garis memanjang)
  • Corak petak (Kombinasi corak polos dan jalur)
  • Corak plaid (Kombinasi corak jalur dan kotak),
  • Dan sebagainya.
  1. Corak permukaan

Bagi corak permukaan pula, ia dihasilkan selepas proses kain sudah siap ditenun. Antara contoh corak permukaan ialah:

  • Cetak timbul (Menekan kain pada steaming rollers yang sudah diukir)
  • Burnt-out style (Proses menghilangkan serat-serat yang ada pada kain)
  • Sulaman

Pemakaian Baju Batik Perempuan Kini

Seperti yang pernah dinyatakan di atas, pemakaian baju batik perempuan antara kalangan orang muda dan orang yang sudah berumur adalah amat berbeza.

Mereka yang sudah berumur lebih gemar memakai pakaian batik begitu sahaja; tiada garment atau hanya memakai yang berwarna gelap.

Namun, bagi orang muda pula, mereka lebih gemar untuk memadankan pakaian baju batik dengan garment atau yang mempunyai hiasan seperti labuci, manik, dan sebagainya.

Selain itu, orang muda cenderung untuk mementingkan penampilan di hadapan khayalak.

Antara perkara yang sering dititikberatkan oleh orang muda ialah:

  1. Pemilihan warna

Jika diperhatikan, orang muda amat mementingkan pemilihan warna ketika memperagakan pakaian.

Bagi orang muda, pemilihan warna adalah amat penting kerana ia mempengaruhi penampilan mereka sama ada tampak lebih muda atau berusia daripada umur yang sebenar.

Mereka yang berkulit cerah lebih cenderung untuk memilih warna yang lembut atau pastel bagi menaikkan lagi seri muda dan manis.

Hal ini kerana warna yang lembut seperti soft pink atau baby blue bantu si pemakai tampak ceria.

Manakala, bagi pemilihan baju batik yang berwarna gelap pula akan berikan aura matang. Apabila diperhatikan, individu yang memakai pakaian berwarna gelap seperti hitam atau maroon, dia akan tampak lebih matang dan formal.

  1. Pemilihan motif

motif baju batik perempuan

Seterusnya, orang muda juga mengambil masa untuk memilih motif baju batik.

Hal ini disebabkan motif memberikan “efek” pada bentuk tubuh badan si pemakai.

Pemilihan motif yang tidak sesuai atau salah boleh menampakkan si pemakai tersebut lebih berusia dan kurang sesuai dengan bentuk badan.

  1. Gabungan dengan pakaian lain

Orang muda pada masa kini lebih suka untuk menggabungkan baju batik bersama pakaian lain.

Sebagai contoh, individu akan memakai baju batik tetapi menggayakan dengan kain atau seluar slack.

Tetapi, jika anda ingin menggabungkan pemakaian baju batik dengan pakaian lain, pastikan warnanya tidak terlalu bercanggah iaitu colour striking.

Baca Juga

Batik Shirt Kualiti Terbaik di Ayayu

Dimana Boleh Dapatkan Koleksi Baju Batik Perempuan?

Jika anda sedang mencari baju batik perempuan yang berkualiti tinggi dan cantik, anda boleh dapatkan di AYAYU.

ayayu

 

Di AYAYU, kami amat mementingkan kualiti dan teknik penghasilan baju batik yang betul agar pelanggan kami berpuas hati dengan produk.

Sebagai contoh, kami menjalankan penyelidikan yang menyeluruh dan amat komited dalam memilih kombinasi warna yang terbaik.

Selain itu, warna pakaian batik kami juga tidak mudah luntur meskipun dibasuh banyak kali.

Jadi, apakah koleksi baju batik yang ada di AYAYU?

  • STELLINA Women Baju Kurung Kedah With Sarong Batik

baju batik perempuan

Baju Kurung Kedah STELLINA ini akan dipakai bersama sarong batik dan ia dihasilkan secara tradisional hand-blocked.

Ia diperbuat daripada 100% poplin cotton supaya si pemakai berasa selesa dan mudah bergerak.

Ia mempunyai zip pada bahagian pinggang bagi tujuan kemudahan untuk pemakaian.

Koleksi ini mempunyai 3 warna iaitu:

  • BLUE
  • PEACH
  • GREEN
  • DAUN Women Kurung Kebaya with Sarong

baju kurung kebaya

Bagi koleksi DAUN, ia juga dihasilkan secara tradisional hand-blocked

Ia mempunyai zip yang tersembunyi pada bahagian belakang baju. Manakala, ia juga mempunyai zip pada kain sarong bagi tujuan mudah pemakaian.

Ia diperbuat daripada material poplin cotton yang membuatkan si pemakai berasa selesa dan ia sesuai dengan suhu di Malaysia.

Koleksi ini didatangani dengan 3 warna iaitu:

  • BEIGE
  • BLUE
  • PINK

Di samping itu, AYAYU juga mengeluarkan 3 koleksi kaftan batik iaitu blok, discharge, dan canting.

Jadi, jika anda berminat dengan koleksi baju batik di AYAYU, anda boleh klik link di bawah ini sekarang!  

Dapatkan Baju Batik Perempuan Sekarang!