-- FREE SHIPPING WITHIN MALAYSIA -- FREE INTERNATIONAL SHIPPING for purchase USD150 or more --
Baju Batik Semakin Diminati Ramai

Dengan perkembangan teknologi dan kepekaan masyarakat terhadap fesyen tradisional, lebih ramai rakyat Malaysia yang mula menghargai dan memartabatkan batik.

Permintaan batik di pasaran semakin meningkat, baik dalam industri fesyen, kraftangan mahupun aksesori.

Unik dan eksklusifnya batik ni, sampai wujudnya segmen batik khas dalam Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) pada tahun 2019 dan pengisytiharan tarikh 3hb Disember setiap tahun sebagai Hari Batik Malaysia.

Yang paling hebat mengenai batik yang anda boleh dapati eksklusif tanpa perlu berhabis ribuan ringgit.

Jom kami kongsikan kenapa batik sebenarnya tak lapuk dek zaman dan keunikan batik-batik yang anda boleh dapati di Ayayu!

Kelebihan Batik Menarik Minat Ramai

 

versatiliti baju batik

  1. Versatiliti Batik

Batik terutamanya baju batik semakin mendapat minat ramai kerana ianya versatil.

Anda boleh memakai batik dalam pelbagai jenis acara sekali pun.

Tak kiralah untuk menghadiri majlis formal, ke pejabat, makan malam meraikan hari-hari istimewa mahupun pada hari-hari biasa.

Lagipun, kini baju batik tidak terhad kepada kemeja bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan.

Banyak gaya dan jenis baju yang menggunakan batik sebagai material utamanya.

  1. Keunikan Batik

Sekarang ada banyak batik yang sudah menggunakan teknologi yang lebih moden misalnya menggunakan mesin yang menghasilkan corak batik yang sama pada setiap penghasilan.

Namun, ini tidak bermakna pembuatan batik secara tradisional seperti dicanting atau dilukis tidak lagi dihasilkan.

keunikan batik

Pembuatan batik canting dan blok ada keunikan yang tersendiri. Hal ini kerana setiap motif atau corak batik mempunyai rekaan corak dan penghasilan warna yang unik.

Tidak dinafikan, batik buatan tangan berharga lebih tinggi kerana ia memerlukan tenaga pekerja mahir dan kreativiti tinggi.

Artisan blok batik dan pelukis/pencanting batik perlulah berpengalaman dan mahir dalam menghasilkan batik buatan tangana.

Bukan itu sahaja, proses pembuatannya bukan mudah.

Ia melibatkan proses campuran dan pencairan lilin, pewarnaan kain putih, pembikinan meja blok atau bingkai batik, perebusan kain, mati warna, pengeringan dan proses pewarnaan tambahan.

Sebab itulah, terdapat pelanggan yang tidak kisah melaburkan lebih wang bagi mendapatkan corak dan motif batik yang eksklusif, unik serta lain dari yang lain.

  1. Legasi Seni Batik

Lagi satu kelebihan baju batik yang membuatkan ramai tertarik untuk mendapatkannya adalah anda akan menjadi penerus legasi seni batik.

Tak dinafikan, ramai yang kadang-kadang keliru antara batik Indonesia dan batik Malaysia, terutamanya mereka daripada generasi yang lebih muda.

Perkara ini mungkin boleh menyebabkan batik Malaysia tidak mendapat sambutan dan sokongan daripada orang kita sendiri.

Tetapi, percayalah yang batik Malaysia mempunyai tarikannya sendiri.

Semakin ramai yang cakna bahawa seni batik ini istimewa kerana batik merupakan salah satu seni tradisi budaya yang lahir dan berkembang di Kepulauan Melayu.

Seni batik ini juga menjadi cerminan kepada tradisi dan budaya yang dibawa oleh orang kita.

Kalau anda perhatikan motif dan corak batik Malaysia, anda akan dapati kebanyakannya mengandungi unsur alam semulajadi dan organik.

Hal ini terkait dengan falsafah dan makna simbolik yang tinggi yang dihargai oleh penggunanya.

Bagi komuniti Malaysia, melalui batik kita, jelas sekali bahawa kita sangat mengetengahkan dan mementingkan alam semula jadi seperti flora dan fauna.

Jadi, jika bukan kita yang meneruskan legasi seni batik Malaysia, siapa lagi?

Artikel Berkaitan

Baju Batik Perempuan: Info & Corak Kontemporari

  1. Jenis Batik

jenis batik

 

Jika anda baru nak berjinak-jinak dengan seni batik, satu perkara yang anda perlu tahu bahawa terdapat pelbagai jenis batik yang anda boleh pilih.

Setiap satunya mempunyai kelebihannya tersendiri dan mempunyai peminat mereka tersendiri.

Antara jenis batik adalah batik blok, batik canting dan batik skrin.

Apa bezanya?

Setiap satunya melalui proses pembuatan yang berbeza dan semestinya hasilnya adalah berbeza.

Jenis kain yang digunakan juga bervariasi seperti chiffon crepe, jacquard dan sutera kapas.

Dapatkan Baju Batik Di Ayayu

baju batik ayayu

 

Misi Ayayu adalah untuk memastikan kesinambungan seni batik diteruskan dan diperjuangkan melalui fesyen.

Diilhamkan oleh alam semula jadi dan unsur sejarah tempatan, Ayayu sentiasa memastikan hasil rekaan bermotifkan batik sesuai dengan citarasa lokal.

butik ayayu

 

Pakaian yang dihasilkan oleh Ayayu tidak terhad kepada dewasa lelaki dan wanita sahaja tetapi untuk kanak-kanak juga.

Yang menariknya, anda boleh dapatkan baju batik sedondon dengan ahli keluarga anda!

Bukan baju batik sahaja, Ayayu juga menghasilkan aksesori yang boleh dipadankan dengan baju batik anda atau untuk kegunaan seharian.

Ayayu mengekalkan rekaan berbentuk tradisional dan juga mengintegrasikan elemen rekaan moden bagi memenuhi citarasa semua lapisan masyarakat.

kain batik

Risau tentang saiz anda?

Jangan risau, Ayayu juga menawarkan khidmat jahitan (custom tailoring) dengan harga yang sangat berpatutan dan ubahsuai (alteration) percuma untuk produk batik kami.

Jika anda nak tahu lebih lanjut atau melihat dengan sendirinya produk Ayayu, anda boleh ke studio dan outlet kami di:

 

Studio & Galeri Bukit Damansara,

55-1, Jalan Medan Setia 1,

Bukit Damansara,

50490, Kuala Lumpur

 

Outlet Suria KLCC,

Concourse Level (berhadapan Vincci - laluan LRT)

Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre

8000, Kuala Lumpur

Jom jadi penerus tradisi pemakaian batik dengan memakai baju batik yang direka khas oleh Ayayu.

Dapatkan Baju Batik di Ayayu Sekarang!