-- FREE SHIPPING WITHIN MALAYSIA -- FREE INTERNATIONAL SHIPPING for purchase USD150 or more --
Baju Kemeja Lelaki Terbaik Untuk Anda

Pemakaian baju kemeja lelaki sering kelihatan dipakai sama ada di majlis perkahwinan, pejabat mahupun ketika bershopping, baju ini tidak kurang hebatnya daripada t-shirt biasa. 

Mana tidaknya, baju ini selesa dipakai dan kelihatan santai sahaja. Ia juga memberikan first impression yang kemas dan tampan kepada orang ramai. 

Pernahkah anda terfikir untuk menghadiahkan baju kemeja untuk ayah, suami, abang atau adik kesayangan atau teman anda? 

Jika anda sedang mencari baju kemeja lelaki sebagai hadiah ulang tahun, Hari Bapa atau sebagainya, ikuti artikel ini untuk mendapatkan info lanjut. 

 

Jenis-jenis Baju Kemeja Lelaki

Buat anda yang ingin berjinak dengan pemakaian fesyen baju kemeja lelaki, anda perlu tahu jenis-jenis dah waktu yang sesuai untuk memakainya. 

Hal ini disebabkan baju kemeja juga mempunyai corak dan cara gaya yang tersendiri.

 

Berikut merupakan jenis-jenis baju kemeja lelaki yang anda boleh cuba: 

  1. Baju kemeja batik 

baju kemeja batik

 

Orang ramai sering beranggapan bahawa baju kemeja bercorak batik adalah untuk orang-orang yang berusia lanjut atau golongan tertentu. 

Kebiasaannya, pemakaian baju kemeja batik adalah ke majlis formal, acara tertentu ataupun syarat ditetapkan di tempat kerja. 

Tahukah anda, bahawa pemakaian baju kemeja batik sudah mula dipakai oleh anak-anak muda dan segak bergaya secara santai (casual)? 

Atas faktor-faktor seperti pendedahan tentang Batik tempatan, kempen kerajaan dan perubahan citarasa fesyen, corak batik kini mengalami perubahan yang lebih versatile. 

Perubahan ini dilakukan untuk menarik minat rakyat Malaysia untuk memakai baju kemeja ini. 

Oleh itu, AYAYU sebagai pengeluar batik asli tradisional Malaysia berusaha untuk mendidik pengguna terutamanya generasi muda untuk mengenali batik asli tempatan.

Dengan ini, mereka akan mendekati cara pembuatan batik secara tradisional serta mengenali batik rekaan moden dan kontemporari yang menepati citarasa mereka. 

 

  1. Baju kemeja denim 

baju kemeja denim

 

Baju ini sering mendapat perhatian dalam kalangan anak-anak muda. 

Tidak kira warnanya hitam atau biru, baju ini akan menampakkan anda amat bergaya dan kemas. 

Disebabkan itu, pemakaian baju kemeja denim adalah bersifat casual. Ia tidak sesuai dipakai ketika menghadiri temuduga kerja dan majlis perkahwinan.  

Untuk menampakkan lebih versatile, anda boleh menggayakan baju ini dengan seluar slack. 

 

  1. Baju kemeja flannel 

baju kemeja flannel

 

Ramai yang lebih mengenali baju ini sebagai kemeja kotak-kotak atau boyfriend shirt. 

Sudah terkenal di negara luar sejak berabad lamanya tetapi tidak lapuk sehingga kini. 

Pemakaian baju kemeja flannel boleh dipadankan dengan pelbagai gaya mengikut kreativiti si pemakai. 

Amat disyorkan untuk dipakai bersama seluar jeans bagi nampak lebih style dan kemas. 

 

  1. Baju kemeja hitam/putih 

baju kemeja hitam/putih

 

Baju kemeja bewarna hitam atau putih sangat penting dan wajib dalam almari setiap individu. 

Bukan sahaja sesuai dipakai untuk aktiviti formal, malah ia juga sesuai dipakai untuk aktiviti santai juga. 

Digayakan sekali dengan tali leher yang sesuai pasti menyerlahkan lagi penampilan seorang lelaki untuk kelihatan kemas dan segak.  

Read: 

Tailoring Shop Near Me!

Dapatkan Baju Kemeja Lelaki Di AYAYU

baju kemeja lelaki

 

Untuk memastikan kesinambungan seni batik yang dibimbangi bakal menghadapi kepupusan, kami di Ayayu kekal memperjuangkan seni batik.

Maka, terbentuklah Ayayu yang komited dalam menghasilkan rekaan bermotifkan batik berilhamkan alam semula jadi dan unsur sejarah tempatan.

Rekaan baju kami tidak terhad untuk kanak-kanak sahaja malah kepada orang dewasa untuk sama-sama menikmati pemakaian Batik Terap Malaysia.

Ini seiring dengan usaha untuk memelihara seni daripada tenggelam arus zaman, menanam minat untuk memakai batik asli Malaysia serta memberi sokongan kepada perniagaan batik oleh usahawan tempatan. 

Dengan penyelidikan yang mendalam dan pemilihan warna yang teliti, kami memilih fabrik kapas berkualiti untuk menghasilkan batik yang selesa dan bermutu. 

Ayayu bukan sahaja mengekalkan rekaan yang berbentuk tradisional, tetapi juga rekaan moden untuk menepati citarasa pelanggan. 

 

Ciri setiap rekaan corak batik Ayayu adalah unik dan bergaya sinonim dalam perkembangan seni lukis moden Malaysia seperti berikut:

  • Kaedah hand blocked atau batik blok (terap) iaitu teknik penghasilan produk batik menggunakan blok tembaga yang dicap atau diterap dengan lilin dan damar sebagai proses asas dalam menghasilkan kain batik.

  • Batik jenis hand painted yang digemari kerana warna eksklusif serta motif yang bebas dan reka corak yang tersendiri dimana kain putih yang telah diterap dengan lilin akan diwarna secara individu berbanding dengan teknik sapuan atau celupan warna.

  • Material 100% fabrik gentian asli seperti kain kapas (cotton), viscose, rayon, linen, sutera dan sebagainya. Ini adalah kerana bagi membolehkan serapan lilin dan warna yang baik.

  • Penggunaan material ini bertujuan untuk membolehkan serapan lilin dan warna secara baik. Oleh itu, bagi menghasilkan batik berkualiti tinggi, kami menggunakan material gentian asli. 

  • Kain gentian asli amat sesuai digunakan kepada anak-anak atau dewasa yang mempunyai masalah kulit. Ini disebabkan untuk mereka yang menghadapi masalah kulit. 

  • Buat pengetahuan anda, kain gentian juga sesuai dengan cuaca panas dan lembap di Malaysia kerana ia bersifat mudah menyerap peluh dan menyejukkan badan. 

  • Menggunakan saiz regular fit untuk memperlihatkan kekemasan si pemakai. 

 

Di Ayayu, kami juga menawarkan khidmat jahitan (custom tailoring) dengan harga yang sangat berpatutan dan alteration secara percuma untuk setiap produk batik kami.

  • Pelbagai pilihan warna-warna pastel, terang dan gelap mengikut citarasa semua.

  • Berlengan panjang dan pendek dan pilihan kolar standard dan tradisional seperti teluk belanga dan mandarin.

 

Kami di Ayayu menawarkan banyak pilihan daripada corak, warna saiz dan pilihan customization untuk kepuasan setiap pelanggan. 

Oleh itu, tidak perlu risau jika mencari saiz yang sesuai untuk ayah dan anak lelaki.

Diharapkan ramai yang masih meminati dan menggemari pemakaian batik untuk memartabatkan seni warisan kraf tradisional Malaysia. 

Ini kerana seni batik merupakan anugerah seni tradisional yang berharga dan mestilah dipelihara. 

Buat anda yang ingin mengenali lebih lanjut tentang batik tradisional asli Malaysia dan produk batik keluaran AYAYU, anda boleh kunjungi studio dan outlet kami di alamat dibawah atau kunjungi online store kami di AYAYU.

 

Studio & Galeri Bukit Damansara

55-1, Jalan Medan Setia 1,

Bukit Damansara

50490 Kuala Lumpur

 

Outlet Suria KLCC

Concourse Level (berhadapan Vincci – laluan LRT)

Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre

80000 Kuala Lumpur

Dapatkan Baju Kemeja Batik Di Ayayu Sekarang!