-- FREE SHIPPING WITHIN MALAYSIA -- FREE INTERNATIONAL SHIPPING for purchase USD150 or more --
Batik Boutique Ayayu Mengekalkan Seni Batik

Batik merupakan salah satu warisan Malaysia yang dibanggakan dan disanjung sehingga terisytiharnya Hari Batik Malaysia pada 3 Disember setiap tahun.

Seni batik ni bukan sahaja di negara kita tetapi terdapat juga di negara lain seperti di Indonesia, Thailand, Afrika dan lain-lain.

Apa yang membezakan batik tradisional Malaysia dengan batik dari negara lain adalah motifnya yang terdiri daripada flora, teknik yang diolah menjadikan proses kurang rumit dan bagi corak batik Malaysia yang moden pula adalah lebih besar dan lebih ringkas dan warna yang lebih menyerlah.

Motif juga ini terhasil daripada pemerhatian dan kepekaan masyarakat terhadap alam di sekeliling kita.

Batik Malaysia mempunyai keunikan dan falsafahnya yang tersendiri yang mampu memikat hati masyarakat tidak mengira usia dan jantina.

Di Malaysia sahaja, terdapat beberapa jenis batik, bergantung kepada teknik atau proses pembuatan batik serta kawasan batik tersebut dihasilkan.

Kebanyakan penggiat seni batik percaya bahawa apa sahaja yang menarik mempunyai falsafah tersendiri dan boleh dijadikan corak batik.

Batik juga menjadi lambang penghargaan manusia kepada alam dan batik merupakan salah satu usaha untuk menerapkan unsur alam dalam kehidupan

Teruskan membaca artikel ini kerana kami akan berkongsi lebih lanjut tentang batik serta koleksi daripada Ayayu yang menarik.

Sejarah Batik

sejarah batik boutique

 

Perusahaan batik bermula pada awal abad ke-12 di Kepulauan Jawa dan kemudiannya berkembang ke Semenanjung Tanah Melayu khususnya di Kelantan dan Terengganu.

Terdapat sumber yang mengatakan bahawa batik mula diperkenalkan di Malaysia, khususnya di negeri Kelantan, sejak tahun 1910. Sejak dari itu, seni batik berkembang ke negeri-negeri lain apabila pembatik berhijrah ke negeri lain dan berlakulah proses perkembangan industri batik ketika itu.

Batik juga menjadi lambang penghargaan manusia kepada alam dan batik merupakan salah satu usaha untuk menerapkan unsur alam dalam kehidupan.

Jenis-jenis Batik

Terdapat beberapa teknik menghasilkan batik. Antaranya adalah batik blok, batik tulis/canting, batik skrin dan batik pewarnaan asli.

  1. Batik Blok

batik blok

Batik blok merupakan antara teknik pembuatan batik terawal di negara ini yang juga dikenali sebagai batik terap.

Untuk menghasilkan cop batik blok, corak batik dilukis di atas kertas yang kemudian nya disusun atas kepingan tembaga/zink berketebalan 1 inci. Ia dicantum dan dipatri menjadi satu reka corak lengkap.

Penghasilan kain batik ini adalah dengan mencelup blok tembaga/besi ke atas lilin yang telah dicairkan dan diterap ke atas kain putih atau kain berwarna.

Blok dicelup berulang kali berpandukan susunan tertentu sehingga lengkap. Kemudian, ia diwarnakan dan dibiar kering.

Teknik ini perlu dibuat berulang-ulang kali untuk memastikan warna dan corak yang diingini dapat dicapai.

Batik blok ini sangat popular pada tahun 1950-an dan 1960-an.

Beberapa orang yang berkemahiran ditugaskan sepanjang penghasilan ini daripada proses menerap, mewarna dan mengilat sebagai penyudah.

Pada tahun 1930-an, penggunaan lilin dalam proses penerapan diperkenalkan oleh pembuat batik di pantai Timur.

Walaupun batik blok ini sesuatu yang popular pada era 50 dan 60-an, atas beberapa faktor seperti tiada kesinambungan oleh generasi muda, seni batik bakal menghadapi kepupusan.

Oleh itu, kami di Ayayu komited dalam memperjuangkan seni batik blok agar kesenian dijaga berterusan. Ayayu mempunyai lebih dari 8 batik artisan di 5 negeri di Malaysia.

Menariknya, ada juga kelas dan perkongsian ilmu tentang batik terutamanya blok batik di samping mempromosi seni batik. 

  1. Batik Canting/ Lukis

batik canting

Batik tulis dipercayai diwarisi daripada batik Kraton, Jawa.

Walaupun kaedah lakaran canting/ lukis adalah sama tetapi estetika dan teknik pengeluaran batik Malaysia dan batik Jawa adalah berbeza.

Batik ini dihasilkan ke atas pelbagai jenis kain termasuk kapas, rayon, voile dan sutera.

Motif yang selalunya digunakan adalah motif tumbuh-tumbuhan dan geometrik malah susunan coraknya juga pelbagai dan mengikut permintaan semasa.

Menggunakan alat mencanting atau berus, corak motif batik canting dilakar atas kain putih dengan mencelup/menuang lilin panas yang dicairkan ke dalam alatnya.

Canting mempunyai pemegang supaya mudah digunakan.

Selepas dilakar, corak motif batik tersebut diwarnakan dengan kaedah menyapu atau memberus ke tempat yang diingini.
Kain yang telah diwarnakan, seterusnya dikeringkan, dimatikan warna dan direbus bagi mengeluarkan lilin sebelum dikeringkan sekali lagi.

Bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna.

Jika anda berminat untuk merasai pengalaman mencanting dan mewarnai batik canting, anda boleh hubungi studio Ayayu di Bukit Damansara, Kuala Lumpur untuk mengatahui perlbagai kelas batik yang kami tawarkan.

  1. Batik Skrin/ Cetak Sutera Saring

Apa pula menariknya batik skrin? Ia juga dikenali dengan nama cetak sutera saring

Tapi tahukah anda batik ini dipercayai telah dipelopori oleh sekumpulan pembuat batik di negeri Kelantan.

Pada mulanya, teknik ini bermula dibawa masuk daripada negeri Siam pada awal tahun 1900.

Teknik pewarnaan yang pelbagai digunakan untuk mendapatkan kesan warna dan motif yang lebih unik dan eksklusif bagi penghasilan batik skrin.

Salah satunya adalah teknik penggunaan sutera saring yang dicetak daripada gubahan rekaan motif yang lengkap supaya menjadi sehelai batik sarung.

Selain itu, teknik cetakan dengan kain putih diwarnakan terlebih dahulu sebelum reka corak diaplikasikan menggunakan pewarna yang dicampur lilin beku atau cold wax dan kemudian dilapisi dengan squeegee.

Teknik ini sesuai jika mahu menjimatkan kos pengeluaran untuk menghasilkan batik dalam kuantiti banyak dengan harga yang berpatutan.

Namun begitu, teknik batik skrin perlu disertakan dengan penggunaan teknik blok atau canting supaya menonjolkan identiti batik Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Batik Malaysia Warisan Seni dan Identiti dan Rakyat Malaysia

Cara Penjagaan Kain Batik

penjagaan kain batik boutique

Bagi mengekalkan kualiti batik yang dihasilkan oleh Ayayu, kami bersedia untuk menjelaskan kepada para pelanggan cara penjagaan yang betul bagi setiap jenis batik.

 

  1. Cucian Tangan

Untuk fabrik batik jenis kain kapas atau cotton, anda digalakkan untuk mencuci batik dengan cucian tangan.

Tetapi bahan pencuci yang digunakan hendaklah lembut atau soft detergent menggunakan air bersuhu sejuk atau room temperature.

Bagi batik yang pertama kali dibeli anda boleh menambah dua kali bilasan untuk memastikan tiada sisa warna celupan luntur.

 

  1. Mencuci dengan Mesin Basuh

Batik masih boleh dibasuh dengan menggunakan mesin basuh biasa pada setting ‘delicate’ atau ‘gentle wash’ menggunakan air bersuhu dingin atau room temperature sahaja.

 

  1. Perkhidmatan Cucian Kering Profesional

Anda boleh mendapatkan perkhidmatan cucian kering profesional untuk jenis batik seperti sutera, crepe atau ada hiasan tambahan seperti manik dan mutiara.

Elak dari menjemur batik dibawah sinaran matahari kerana ini akan menyebabkan warna kain luntur.

Dari segi menggosok batik pula, laraskan suhu yang bersesuaian dengan jenis fabrik disamping alas satu kain di atas batik sebelum menggosok.

Anda tidak perlu ada rasa keraguan dengan batik hasil tangan Ayayu kerana kami mungutamakan kekemasan dan kualiti fabrik yang bermutu tinggi bagi memastikan kepuasan pelanggan diutamakan.

 

Di mana Batik Boutique Ayayu?

ayayu batik boutique

Misi Ayayu adalah untuk memastikan kesinambungan seni batik diteruskan dan diperjuangkan melalui fesyen.

Diilhamkan dari alam semula jadi dan unsur sejarah tempatan, Ayayu sentiasa memastikan hasil rekaan bermotifkan batik sesuai dengan cita rasa lokal dan semasa.

Pakaian yang dihasilkan oleh Ayayu tidak terhad kepada kanak-kanak sahaja tetapi juga untuk remaja dan dewasa wanita dan lelaki dengan pilihan warna yang terkini dan design yang sangat menarik.

Ayayu mengekalkan rekaan berbentuk tradisional dan juga mengintegrasikan elemen rekaan moden bagi memenuhi cita rasa semua lapisan masyarakat.

Bukan itu saja, Ayayu juga menawarkan khidmat jahitan (custom tailoring) dengan harga yang sangat berpatutan dan ubahsuai (alteration) percuma untuk produk batik kami.
 

Jika anda nak tahu lebih lanjut atau melihat dengan sendiri produk daripada Ayayu, anda boleh hadir ke alamat dibawah.

Ayayu Studio & Galleri

55-1, Jalan Medan Setia 1,

Bukit Damansara,

50490 Kuala Lumpur

 

Ayayu Suria KLCC

K-A-2 Concourse Level Ampang Mall

(berhadapan Vincci - laluan LRT)

Suria KLCC,

50088, Kuala Lumpur, Malaysia

 

Jom jadi menyokong tradisi pemakaian batik dengan memakai batik yang direka dan dihasilkan khas oleh Ayayu di mana-mana batik boutique kami berdekatan anda.

Dapatkan Malaysia Batik Ayayu Sekarang!