-- FREE SHIPPING WITHIN MALAYSIA -- FREE INTERNATIONAL SHIPPING for purchase USD150 or more --
Batik Malaysia Warisan Seni dan Identiti Rakyat Malaysia

Batik Malaysia merupakan salah satu kraftangan tradisional yang terkenal dan sangat dihargai di negara kita. Ia mula diperkenalkan di Kelantan pada awal abad ke 19.

Secara dasarnya, definisi batik ialah hasil kerja tangan tekstil yang menggunakan lilin sebagai perantara. 

Ia bertujuan untuk memisahkan halangan kepada kepelbagaian warna yang dicelup atau disapukan ke atas permukaan fabrik. 

Fabrik yang digunakan hendaklah mempunyai komposisi gentian asli yang tinggi bagi mendapat serapan lilin dan warna yang optimum bagi mendapat kualiti Batik yang tinggi.

Fabrik yang digunakan hendaklah mempunyai komposisi gentian asli yang tinggi. Ini bertujuan supaya batik mendapat serapan lilin dan warna yang optimum bagi penghasilan batik yang berkualiti. 

Tidak dapat disangkal, hasil pembuatan batik di Malaysia amat dikenali di peringkat antarabangsa oleh kerana kualitinya yang bermutu tinggi, rekaan yang menarik, dan warna yang terang.

Dahulu, batik dianggap sebagai seni pakaian tradisional. 

Tetapi, setelah pelbagai usaha dilakukan, kini, batik juga telah melalui revolusi kontemporari di mana ia dijadikan sebagai elemen penting dalam reka bentuk dan reka hias pakaian fesyen terkini.

Perusahan batik secara tradisional lebih dikenali di negeri Kelantan dan Terengganu. Namun, tidak ramai yang tahu mengenai pengusaha batik tradisional di setiap negeri di Malaysia. 

Setiap negeri mempunyai motif dan aplikasi warna yang tersendiri mengikut adat masing-masing. Ini menambahkan keunikan Batik Malaysia.

Teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut tentang jenis-jenis batik Malaysia!

 

Apakah Jenis-jenis Batik Yang Ada Di Malaysia?

  1. Batik Blok

Batik Blok menggunakan teknik mengecap atau menerap kain batik menggunakan blok tembaga atau besi. 

Bagi menghasilkan blok, corak batik dilukiskan atas permukaan kertas. Kemudian, ia dibentuk dan disusun kepingan tembaga atau zink dengan ketinggian satu inci, dicantum dan dipateri sehingga lengkap menjadi satu reka corak.

Untuk menghasilkan sehelai kain batik, pembatik akan mencelup blok tembaga/besi ke atas lilin yang telah dicairkan dan menerap ke atas kain putih atau yang telah diwarnakan. 

Teknik ini dilakukan secara berulang-ulang kali berpandukan susunan yang tertentu sehingga siap susunan diatas kain tersebut. 

Kemudian, ia diwarnakan dan setelah kering barulah diterap lapisan blok lilin kedua dan diwarnakan semula. Proses ini akan diulang berkali-kali bagi mendapat lapisan dan corak yang ingini.

Pada zaman kegemilangan batik terutamanya pada tahun 1950-an dan 1960-an, batik dikendalikan oleh beberapa orang yang berkemahiran dalam bidang menerap, mewarna dan mengilat sebagai penyudah.

Namun diatas faktor tiada kesinambungan oleh generasi muda dan faktor-faktor lain, seni batik blok bakal menghadapi kepupusan. 

Disebabkan itu, Ayayu mengambil langkah memperjuangkan seni batik blok bagi memastikan kelangsungan seni tersebut terus dijaga. Ayayu mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan pembatik di setiap negeri di Malaysia. 

Selain itu, Ayayu turut mengadakan kelas dan perkongsian ilmu berkaitan batik, secara khususnya batik blok, bagi menyebarkan ilmu serta mempromosi seni batik daripada ia ditelan arus kemodenan.  

 

  1. Batik Canting / Lukis

Lakaran dan lukisan corak motif batik canting diperbuat di atas kain putih dengan menggunakan alat canting atau berus yang dicelup atau dituang lilin. 

Garisan yang dilukis menjadi motif dan menyekat dari serapan warna ke bahagian lain sehingga menghasilkan satu komposisi atau gubahan rekaan batik yang menarik.

Kaedah pewarnaan corak adalah dengan menyapu atau memberus ke tempat yang diinginkan.

Ketika proses mematikan warna dan merebus bagi menanggalkan lilin dilakukan, bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna.

Ayayu juga mengadakan kelas mencanting dan mewarnai batik cantik untuk umum di studio kami di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

 

3. Batik Skrin/ Cetak Sutera Saring

Batik Skrin dipercayai telah dipelopori oleh sekumpulan pembuat batik di negeri Kelantan, di mana teknik penggunaannya dikatakan telah dibawa masuk daripada negeri Siam pada awal tahun 1900.

Teknik Batik Skrin menggunakan sutera saring yang dicetak daripada gubahan rekaan motif yang lengkap supaya menjadi sehelai batik sarung. 

Terdapat juga teknik cetakan dengan kain putih yang diwarnakan terlebih dahulu sebelum reka corak diaplikasikan menggunakan pewarna yang dicampur lilin beku (cold wax) dan disapukan dengan squeegee. 

Teknik ini sesuai digunakan bagi menjimat kos pengeluaran untuk menghasilkan batik dalam kuantiti yang tinggi dengan harga yang berpatutan.

Terdapat pelbagai teknik pewarnaan yang boleh digunakan bagi mendapatkan kesan warna dan motif lebih unik dan menarik dalam penghasilan batik. 

Namun, teknik-teknik ini hendaklah disertakan dengan penggunaan teknik blok, canting atau/dan skrin mengunakan lilin bagi ia dikenali sebagai batik Malaysia.

 

4. Batik Pelangi/ Ikat Celup

A close up of a cat

Description automatically generated with medium confidence

Teknik ikat celup atau tritik memberikan Batik yang dihasilkan mempunyai efek berwarna-warni seakan pelangi.

Cara ia dilakukan adalah dengan mengikat kain tersebut beberapa kali dengan apa-apa bahan seperti getah untuk menghalang penyerapan warna. 

Penentuan corak dan warna pada kain bergantung kepada bilangan ikatan dan celupan warna. 

 

5. Batik Marmar (Marble)

Batik marmar (marble) dapat dikenali melalui teknik pewarnaan yang mempunyai tekstur marmar di atas permukaan kain yang dikombinasikan dengan teknik batik yang lain. 

Takung sebesar saiz kain digunakan untuk meletakkan silikat dan warna yang pekat untuk dikacau.

Permukaan kain kemudiannya ditekap ke atas bancuhan silikat yang berwarna tadi agar kesan marmar jelas kelihatan. 

 

6.  Batik Discharge

A picture containing indoor

Description automatically generated

Batik 'discharge' melibatkan proses penarikan warna bagi latar belakang motif perlu dilakukan untuk meninggalkan kesan warna asal pada bahagian garisan lilin.

 

7. Batik Retak

Kesan retak (retak seribu) disebabkan proses merenyuk kain untuk mengeluarkan lilin yang telah mengeras sebelum proses mewarna yang seterusnya.

 

8. Batik Blok Madu Tiga

Teknik pembuatan Batik Madu Tiga adalah lebih rumit berbanding batik biasa kerana ia memerlukan tiga kali cetakan blok.  

Disebabkan itu, ia mengambil masa hampir dua hari untuk disiapkan bagi sehelai kain.

 Coraknya pula adalah padat dan bertindih. Bagi Batik Madu Tiga yang dihasilkan dengan dicampur teknik canting, harganya pula lebih mahal kerana pembuatannya yang rumit.

Baca Juga

Kain Batik Ketahui Sejarah dan Maksud Cara Pemakaiannya

Motif dan Corak Pada Batik Malaysia

Membezakan batik Malaysia dengan batik-batik dari negara lain adalah dari segi motif dan warna. 

Berbanding negara jiran Indonesia yang terdapat unsur motif berbentuk figura, haiwan, tumbuhan dan dewa. 

Manakala, batik Malaysia mengutamakan motif bunga, tumbuh-tumbuhan dan alam semulajadi. 

Ini kerana pada permulaan batik di negeri Pantai Timur Tanah Melayu yang telah mengamalkan Islam telah memberi peluang kepada karyawan untuk mengolah motif-motif mengikut kreativiti mereka tersendiri. 

Motif-motif tersebut haruslah menggunakan inspirasi alam semulajadi oleh kerana ajaran agama Islam menolak unsur-unsur berbentuk figura, haiwan dan dewa.

 

Pengisytiharaan Hari Batik Malaysia

Di Malaysia, kepentingan batik menjadi ketara sejak beberapa tahun yang lepas setelah batik dijadikan pakaian rasmi tertentu terutama kepada mereka yang berkhidmat dengan badan kerajaan.

3 Disember telah secara rasminya diisytiharkan sebagai Hari Batik Malaysia oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam ucapan pengisytiharan tersebut, beliau berkata bahawa Mesyuarat Jemaah menteri bersetuju untuk menjadikan satu tarikh dalam bulan Disember sebagai Hari Batik Malaysia.

Tarikh tersebut dipilih sebagai peringatan ke atas sokongan dan sumbangan Allahyarhamah Tun Datin Paduka Seri Endon Mahmood isteri kepada mantan Perdana Menteri yang kelima.

Allahyarhamah telah memulakan sebuah gerakan Malaysia Batik − Crafted for the World pada 3 Disember 2003 sebagai usaha untuk membawa batik tempatan ke arena antarabangsa.

kesimpulannya , terdapat banyak cara penghasilan corak batik da setiap teknik yang digunakan adalah sangat istimewa dan menarik.

Marilah kita menghargai kraftangan tradisional buatan negara kita dengan menyokong perusahaan batik tempatan.

Ingin tahu di mana anda boleh dapatkan pakaian dengan corak batik yang menarik dan berkualiti?

Sudah tentulah di AYAYU !

Kesemua batik keluaran Ayayu menggunakan teknik tradisional yang diinspirasi daripada alam semula jadi dan unsur sejarah tempatan. 

Motif dan warna batik kami juga telah menjalani penyelidikan mendalam dan berhati-hati untuk menjamin kualiti dan keunikannya. 

Reka bentuk batik keluaran AYAYU datang dalam kedua-dua pilihan: tradisional dan moden.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan pakaian dan aksesori batik untuk anda dan keluarga di AYAYU. 

Perkhidmatan jahitan daripada tukang jahit berpengalaman juga ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan.

Ini adalah salah satu usaha untuk membolehkan semua orang menikmati pemakaian Batik Traditional Malaysia yang asli dan bermutu tinggi  dalam usaha untuk memeliharanya daripada pupus.

AYAYU juga menyokong kelestarian dengan mengitar semula sisa fabrik menjadi aksesori dan barangan fesyen yang cantik. 

Dapatkan koleksi pakaian corak batik yang menarik di AYAYU sekarang!

Dapatkan Baju Batik Anda Di Ayayu Sekarang!