
Baju kurung Kedah yang dikenali hari ini bukan sahaja popular di negeri jelapang padi tersebut sahaja.
Malah ramai wanita di seluruh Malaysia serta negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei juga amat menggemarinya.
Walaupun zaman moden kini pemakaiannya lebih kerap dilihat sewaktu perayaan, majlis, kenduri, upacara dan sebagainya.
Namun, pada asal kewujudannya, baju kurung Kedah ini hanyalah dijadikan baju sehari-hari.
Nak tahu lebih lanjut? Teruskan membaca artikel ini.
Sejarah Baju Kurung
Sebelum kedatangan Islam ke Nusantara, penduduk wanita tempatan sering dilihat hanya memakai kain kemban dan mendedahkan sebahagian anggota badan mereka.
Setelah kemunculan Islam, asimilasi budaya antara pedagang asing dari Tanah Arab, Cina dan India dengan penduduk tempatan telah melahirkan gaya pemakaian baru.
Gaya pemakaian baru ini menepati citarasa yang lebih sopan, berkelubung, dan menutup aurat. Dari situ terciptalah sejenis pakaian yang digelar baju kurung.
Pada asalnya, baju kurung dilaporkan berpotongan agak ketat dan singkat.
Bagaimanapun, pada abad ke-15 Kesultanan Melayu Melaka, Tun Hassan Temenggong telah mengubah suai potongannya.
Ia menjadi lebih longgar dan labuh sebagaimana baju kurung yang kita kenali pada hari ini.
Secara umumnya, baju kurung dalam sejarah awal dipakai oleh kedua-dua lelaki dan wanita.
Baju kurung yang dipakai oleh orang lelaki dipadankan dengan kain sarung sebelum penggunaan seluar menjadi popular.
Bagi golongan wanita pula, baju kurung dipasangkan bersama kain sarung yang diikat dengan gaya ambak mengalur.
Setelah beberapa ketika, baju yang dipakai kaum lelaki ditukar nama menjadi baju Melayu.
Ia bertujuan untuk membezakan penggunaan baju tersebut antara kedua-dua jantina.
Manakala nama baju kurung dikekalkan bagi pakaian kaum wanita.
Asal-usul Baju Kurung Kedah
Baju Kurung Kedah sangat popular bagi wanita di Kedah dan juga negeri-negeri di utara Semenanjung.
Dikhabarkan baju ini mempunyai pengaruh blaus di Selatan Siam kerana kedudukan negeri Kedah yang terletak bersempadan dengan Thailand.
Baju kurung Kedah telah mula wujud sejak zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin (1803) yang merupakan nenenda kepada Sultan Abdul Halim Muadzam Syah dan Wan Hajar Wan Ismail.
Sultanah Kedah, Wan Hajar Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Mak Wan Besar merupakan pelopor kepada fesyen baju kurung Kedah.
Walaupun begitu, pemakaian baju kurung Kedah ketika mengadap raja adalah dilarang sama sekali.
Hal ini kerana pakaian tersebut dikhususkan penggunaannya untuk golongan bangsawan dan orang besar istana sahaja.
Lama-kelamaan, disebabkan potongannya yang pendek dan longgar, ramai wanita berasa amat selesa untuk menjadikannya sebagai pakaian harian.
Antaranya ialah pakaian basahan di rumah, ketika mengerjakan sawah dan sebagainya.
Sehingga kini, masih ramai wanita terutamanya golongan berusia yang gemar mengenakan baju kurung Kedah atas sebab pemakaiannya yang begitu senang dan selesa.
Baca Juga
Ciri-ciri Baju Kurung Kedah
Pada mulanya, baju kurung Kedah dijahit menggunakan kain kasa atau kain kapas. Kemudian kain tersebut akan dikeraskan dengan kanji.
Walaupun bentuk baju kurung Kedah adalah seakan-akan baju kurung Johor, namun ia tidak mempunyai kekek dan pesak.
Antara dua ciri paling ketara yang membezakan baju kurung Kedah dengan baju kurung lain adalah di bahagian lengan dan potongan labuhnya.
-
Potongan di lengan
Lazimnya, bahagian lengan baju kurung Kedah adalah sedikit singkat daripada baju kurung yang lain.
Potongan lengan baju kurung Kedah berukuran tiga suku lengan. Manakala, lebar tangan pula adalah lebih luas berbanding baju kurung biasa.
Bahagian lehernya pula diinspirasikan daripada tunik di mana lubangnya berbentuk bulat dan sedikit terbuka di bahagian hadapan.
Namun, ia dibiarkan sahaja sebegitu dan sebarang kancing baju tidak dikenakan.
-
Potongan labuh baju
Labuh baju kurung Kedah hanyalah pada paras pinggul sahaja. Ia tidak sama seperti kurung lain yang mempunyai labuh paras paha ataupun lutut.
Kebiasaannya, baju kurung Kedah mempunyai ukuran longgar. Ia tidak menampakkan bentuk tubuh dan diperbuat daripada material yang tidak terlalu jarang.
Pada zaman dahulu, baju kurung Kedah mempunyai corak bunga-bunga kecil serta sering dipadankan bersama kain batik ataupun kain sarung.
Kini, rekaannya adalah lebih moden. Fesyen baju kurung Kedah ini boleh dianggap sebagai minimalis.
Hal ini disebabkan ia tidak terlalu sarat dengan pelbagai corak dan warna.
Bagaimana Baju Kurung Kedah Kekal Relevan Pada Zaman Moden?
Walaupun baju kurung Kedah telah mula diperkenalkan sejak sekian lama, namun gaya dan pemakaiannya masih lagi versatil dan relevan sehingga ke saat ini.
Rekaan fesyen yang menggabungkan kedua-dua elemen moden dan tradisional serta penggunaan material berbeza mampu memberikan nafas baharu kepada rekaan baju kurung Kedah.
Ini menjadikan baju kurung Kedah tidak tenggelam dek zaman dan masih menjadi pilihan popular dalam kalangan masyarakat sehingga ke hari ini.
Fesyen kurung Kedah dipilih oleh wanita yang ingin tampak anggun, bergaya selain kegunaannya yang praktikal untuk dijadikan busana harian.
Evolusi fesyen baju kurung Kedah telah berkembang seiring dengan kesesuaian semasa dan pemodenan zaman.
Walaupun corak dan stail hari ini mungkin menampakkan sedikit perubahan, namun segala unsur tradisional masih lagi dikekalkan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengambil tahu mengenai asal-usul baju kurung Kedah.
Hal ini kerana ia merupakan salah satu warisan tradisional yang ditinggalkan oleh generasi terdahulu.
Meskipun ianya berteraskan konsep tradisional, golongan wanita pada masa kini masih lagi memakainya ketika menghadiri majlis tertentu.
Buat anda yang sedang mencari baju kurung Kedah, anda boleh mendapatkannya di laman web kami iaitu Ayayu.
Di Ayayu, kami menjual baju kurung Kedah untuk wanita dewasa dan juga kanak-kanak pada harga yang berpatutan.
Jadi, kedua-dua ibu dan anak boleh memakai sedondon ketika menghadiri majlis tertentu.
Berikut merupakan ciri-ciri baju kurung Kedah di Ayayu:
-
Dijual sepasang; baju dan kain sarung batik
-
Butang kolar baju diperbuat daripada butang yang dibalut fabrik batik sedondon yang selesa
-
Mempunyai zip dan bergetah pada bahagian pinggang
-
Fabrik diperbuat daripada 100% kapas
-
Boleh dicuci secara gentle wash; tangan ataupun mesin basuh
Salah satu keunikan baju kurung Kedah daripada kami menghasilkan batik blok (handblocked batik) yang tersendiri.
Corak yang pelbagai berteraskan konsep flora yang membawa makna tersendiri menambahkan lagi keaslian tradisi rakyat Malaysia.
Selain itu, baju kurung Kedah kami adalah berkualiti tinggi. Warnanya tidak mudah luntur walaupun anda membasuhnya berulang kali dan dalam jangka masa panjang.
Oleh kerana kain batik blok sangat dikenali dengan ketahanan yang boleh kekal bergenerasi jika dijaga dengan baik.
Selain itu, kami juga menerima tempahan jahitan (custom tailoring) dan khidmat ubahsuai pakaian (alteration ).
Kain batik blok sangat dikenali dengan ketahanan yang boleh kekal hingga ke generasi seterusnya jika ia dijaga dengan baik.
Untuk itu, anda boleh mendapatkan baju kurung Kedah pada harga yang berpatutan dan selesa hanya di Ayayu. Klik link di bawah untuk melihat katalog kami .